Aqiqah di Osman Goat Farm

Kami berpengalaman melaksanakan ibadah aqiqah selama lebih 30 tahun. Kambing dan biri-biri kami menepati syarat aqiqah. Khidmat aqiqah kami boleh dilakukan secara datang terus, tempahan awal ( 3 hari sebelum Tarikh sembelih) ataupun secara atas talian (whatsapp)

Secara datang terus
  1. Boleh datang terus dan sembelih pada hari yang sama atau tempahan 3 hari sebelum tarikh penyembelihan (Deposit minimum RM50.00).
  2. Pelanggan boleh memilih sendiri kambing yang ingin di aqiqah
  3. Dibenarkan untuk melihat proses penyembelihan.
  4. Jika tidak dapat hadir, kami akan merakam proses sembelih dan hantar video melalui whatsapp.
  5. Daging boleh diambil setelah proses penyembelihan dan melapah selesai.
Secara atas talian (whatsapp)
  1. Kami pilihkan kambing mengikut bajet pelanggan.
  2. Tempahan boleh dibuat pada hari yang sama atau 3 hari sebelum tarikh sembelih.
  3. Proses penyembelihan akan dirakam dan dihantar melalui whatsapp (mengikut permintaan)
  4. Pembeli / wakil (tunjukkan resit) boleh datang untuk mengambil daging.
  5. Kami juga menyediakan khidmat untuk terus mengagihkan daging ke rumah anak yatim / madrasah sekitar Johor Bahru.


Bagi pembelian secara whatsapp, sila nyatakan :

Nama Pembeli :
Nama Aqiqah :
Harga Kambing :
Tarikh penyembelihan :
Potongan Daging :
Hadir / Tidak sewaktu sembelih :

  • Harga Kambing adalah termasuk dengan upah sembelih, melapah dan memotong.
  • Pembayaran perlu diselesaikan sebelum proses penyembelihan.
  • Penghantaran sekitar Johor Bahru di sediakan (Caj mengikut Kawasan).
  • Perkhidmatan katering juga disediakan. Boleh lihat di bahagian “Servis”.

AQIQAH PERDANA TAHUNAN

(KAMBING RM1)

Pada setiap tahun, kami di Osman Goat Farm akan meraikan Program Aqiqah Perdana (Kambing RM1). Program ini bagi meraikan bayi yang lahir pada Tarikh yang sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu pada 12 Rabiulawal. Program ini dianjurkan oleh pihak kami bermula pada tahun 2011 dan mendapat sokongan dari pihak Majlis Agama Islam Johor. Bayi-bayi yang lahir pada 12 Rabiulawal layak untuk mendapatkan seekor kambing dengan harga RM1.00 sahaja.

“Tujuan program ini diadakan bukan untuk mempromosikan perusahaan kami sebaliknya ingin mencapai objektif utama iaitu mengagungkan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping meraikan bayi-bayi yang dilahirkan pada tarikh tersebut. Kami beri peluang kepada ibu bapa untuk melaksanakna ibadah aqiqah tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Saya berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang”

-En Osman Bin Cheya Kutty-

aqiqah
Syarat-syarat kelayakan penerima kambing RM1.

  • Bayi lahir pada 12 Rabiulawal tahun tersebut.
  • Salinan bukti kelahiran bayi (sijil kelahiran) dan salinan kad pengenalan ibu dan bapa perlu disertakan.
  • Bayi lahir di Johor, Melaka atau Negeri Sembilan.
  • Kambing hendaklah dituntut dalam masa 2 bulan selepas kelahiran bayi.
  • Seorang bayi layak menerima seekor kambing sahaja.

Pengertian Aqiqah

Adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami tujuan ibadah Aqiqah sebelum melaksanakannya. Yang biasa kita fahami adalah menyembelih haiwan tertentu dan memberikan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Daripada pandangan hukum syarak, aqiqah dibahagikan kepada 3 faktor:

1. Menyembelih binatang
2. Mencukur atau memotong rambut anak
3. Memberikan nama yang mulia untuk anak

Hukum Aqiqah adalah sunat muakkad – iaitu sunnah yang dituntut dan digalakkan walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib. Imam Syafie’ membuat kesimpulan tersebut daripada hadith yang di mana Nabi SAW bersabda:

“ Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama ”.

(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan
Aqiqah dilakukan dengan bahagian seperti berikut:
1 ekor kambing untuk anak perempuan
2 ekor kambing untuk anak lelaki
Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.

أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ


Hadith Tentang Aqiqah dan Terjemahannya Dari Aisyah berkata :
Rasulullah bersabda : “Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing”


5 Syarat Sah Aqiqah

1. Niat aqiqah

Semasa menyembelih binatang aqiqah, penyembelih perlu berniat aqiqah dengan nama anak yang berkenaan.

2. Binatang ternakan atau aqiqah berkaki empat

Syarat binatang sah adalah binatang berkaki empat yang halal dimakan tanpa kecacatan fizikal dan dalaman. Haiwan aqiqah yang dimaksudkan adalah kambing, kerbau, kibas, biri-biri, lembu dan unta.

  • Penyembelih beragama Islam, bukan mumayyiz dan bukan dalam keadaan ihram.
  • Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
  • Alat sembelihan yang tajam seperti parang, selain daripada gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.

4. Binatang aqiqah adalah sempurna

Kecacatan yang menyebabkan haiwan itu tidak sempurna adalah seperti buta sebelah ataupun kedua-dua mata, kaki tempang, mempunyai sebelah telinga atau terlalu kurus dan sakit.

5. Binatang cukup umur

  1. Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  2. Biri-biri dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun

Cara pengagihan daging aqiqah (anggaran):

  • ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
  • ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
  • ⅓ bahagian untuk saudara Islam yang memerlukan